Mengenai PI1M
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bedong merupakan sebuah pekan kecil yang dan terletak 12km ke utara Sungai Petani, Kedah. Bedong merupakan Mukim Semeling yang terletak di dalam daerah Kuala Muda di negeri Kedah.
Majoriti penduduk dikawasan ini adalah melayu kemudian diikuti dengan india dan cina. Kawasan bedong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018Karnival Sehati @ RTM
Aktiviti Terkini | 15 - 17 Mac 2018
Aktiviti berlangsung selama 3 hari. Booth SKMM menyediakan pelbagai aktiviti seperti Klik dengan Bijak, mempromosi barang-barang usahawan Pusat Internet Kluster Sungai Petani,... baca selanjutnya
Kursus Jangka Pendek Keluarga Sejahtera
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2018
Kursus Jangka Pendek ini diadakan untuk melatih peserta untuk menghasilkan biskut. Peserta diajar cara untuk menyediakan biskut secara mudah dan sedap. Akhir program diadakan cabutan bertuah bagi para peserta... baca selanjutnya
Kursus Modul Asas ICT(Media Sosial)
Aktiviti Terkini | 24 - 25 Februari 2018Kursus ini diadakan untuk melatih guru kafa yang dipilih oleh Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Muda untuk belajar mengenai asas ICT. Kursus ini dijalankan selama 2 hari... baca selanjutnya
Program Dai’e Digital(Media Sosial)
Aktiviti Terkini | 10 - 11 Februari 2018Program daie digital (media social) anjuran SKMM dan JAKIM untuk guru-guru KAFA. Program ini dilaksanakan di pusat internet 1Malaysia, melibatkan pi1m dibawah kluster Sungai Petani iaitu Kota Kuala Muda, Gurun, Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan Paya Nahu. Program berlangsung selama 2 hari... baca selanjutnya
Bengkel Pengenalan Agriculture Flagship(AgF) & Aplikasi Mudah Alih(m@Agro)
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2018Menyediakan maklumat dari kementerian kepada orang awam dan memudahkan komunikasi antara agropreneur dan pegawai pengembang masing-masing... baca selanjutnya
Mesyuarat Bersama AJK PI1M Bedong 2018
Aktiviti Terkini | 5 Januari 2018Untuk selaraskan dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa dan kegiatan seperti yang telah dirancang supaya dilaksanakan dengan berkesan di samping menyebar maklumat dan rancangan baru kepada mesyuarat atau ahli secara khususnya... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya